Thursday, March 17, 2011

Mancing Patin

Lokasi
Kolam Pak Long, Felda Bersia, Gerik Perak

Umpan
Dedak



Inilah hasilnya..... ikan patin (first time dapat nie hehehe)
Fuhhh  sedap isinya.

Lupa lak nak ambil gambar kolam. Lain kali aku "upload".


Ini la gambar kolam 





Mancing Siakap Kolam

Lokasi
Kolam B.E. Park Lenggong, Perak

Umpan
Udang hidup / Udang pasar (guna separuh sahaja dan pastikan bahagian ekor tidak dibuang)

Teknik
"Parking" kalau guna umpan udang hidup
"Casting" kalau guna umpan udang pasar


Kalau rajin "çasting" lagi cepat dapat hasilnya

Nak "parking"pun ada tekniknya tersendiri

Terasa damai dan tenang...

Suasana yang menyejukkan mata...

"Portable air pump" untuk udang hidup

Inilah hasilnya....


Bergaya sungguh anak sedara aku seorang nie

Wednesday, March 2, 2011

Port Baru Mancing

Lokasi
Kalau dari Sitiawan, selepas stesen minyak Shell Lumut masuk ke kanan (dalam kawasan penanaman pokok kelapa sawit)

Umpan
Umpun-umpun / isi udang / udang hidup


Nie la port pancing yang baru aku pergi setiap hujung minggu. Setakat nie baru berjaya naikkan ikan gelama...hehehe. Takde rezeki lagi nampaknya.

Spesis lain yang ada macam ikan gerut-gerut dan ikan lembu pun ada (yang orang lain dapat la).

 
Ikut maklumat dari pemancing-pemancing yang dah biasa kat sini, baling je dekat dengan kapal layar tu. Katanya port baik kat situ tapi hati-hati takut tersangkut plak hehehe...

Time nie waktu 'air mati'

Waktu malam nyamuk banyak giler...nyamuk paya bakau beb. Setakat nie tak pernah mancing melepasi waktu serangan nyamuk...