Monday, October 24, 2011

Hasil Mancing 16-10-2011 ~ Jalan Swiss Garden Resort

Salam.
Lama sungguh tak update blog aku nie. Al-maklum le... bulan pose cuti. Baru2 nie jea mula start mancing.


Nie port baru. Jalan nak ke Swiss Garden Damai Laut, kena turun bukit skit.



Glamor gak port nie cuma aku je baru tau



Waktu nie air tengah surut.

Umpan yang aku guna ialah udang pasar jea, tp member aku syorkan guna umpun-umpun. Ada jugak otai-otai guna umpan udang hidup. Nie mesti target spesis A punya. Spesis ikan berada dikawasan ni, siakap, ketuka, gerut-gerut, sembilang, kerapu, ikan lembu dll.

Ikan yang berjaya ditangkap, ikan kerapu dgn ikan lembu.


Port nie atas batu, so boleh la rehat bawah pokok kalau cuaca panas tapi berhati-hati sebab kera banyak berkeliaran. Barang makan kena waspada selalu, silap haribulan dah ada atas pokok la jawabnya hahaha...

Thursday, May 5, 2011

Rohu - Hasil tangkapan pada 30/04/2011

Baru-baru balik cuti hari pekerja. Jadi sempat la mancing sekejap dan hasilnya...

3 ekor rohu...


Ini pula telur ikan rohu.....sedappp





Kolam Pancing D'Seri Lekir Fishing Paradise

Port baru aku sekarang nie. Kolam ikan air tawar kat Lekir. Boleh katakan tiap-tiap minggu aku pi mancing kat sini.

Spesis yang ada :
1. Patin
2. Rohu
3. Tongsan
4. Keli
5. Tilapia

Umpan
Dedak

Hehehe best wooo... kolam dia  besar. Ikan pun banyak lagi.







Nie la hasil tangkapan pertama aku kat kolam nie. 2 ekor lagi lucut....

Gambar ikan patin nie ditangkap dalam talam. Bayangkan saiznya...besar tu.



Rupa-rupanya ada telur, nie la rupa telur ikan patin


Ini pula hasil ripit kali kedua. Dapat la ikan patin dengan ikan rohu. Ikan yang terakhir tak dapat dinaikkan apabila ia berjaya memutuskan tali utama 18lbs. Fuhh... memang besar ikan tu

Thursday, March 17, 2011

Mancing Patin

Lokasi
Kolam Pak Long, Felda Bersia, Gerik Perak

Umpan
Dedak



Inilah hasilnya..... ikan patin (first time dapat nie hehehe)
Fuhhh  sedap isinya.

Lupa lak nak ambil gambar kolam. Lain kali aku "upload".


Ini la gambar kolam 





Mancing Siakap Kolam

Lokasi
Kolam B.E. Park Lenggong, Perak

Umpan
Udang hidup / Udang pasar (guna separuh sahaja dan pastikan bahagian ekor tidak dibuang)

Teknik
"Parking" kalau guna umpan udang hidup
"Casting" kalau guna umpan udang pasar


Kalau rajin "çasting" lagi cepat dapat hasilnya

Nak "parking"pun ada tekniknya tersendiri

Terasa damai dan tenang...

Suasana yang menyejukkan mata...

"Portable air pump" untuk udang hidup

Inilah hasilnya....


Bergaya sungguh anak sedara aku seorang nie

Wednesday, March 2, 2011

Port Baru Mancing

Lokasi
Kalau dari Sitiawan, selepas stesen minyak Shell Lumut masuk ke kanan (dalam kawasan penanaman pokok kelapa sawit)

Umpan
Umpun-umpun / isi udang / udang hidup


Nie la port pancing yang baru aku pergi setiap hujung minggu. Setakat nie baru berjaya naikkan ikan gelama...hehehe. Takde rezeki lagi nampaknya.

Spesis lain yang ada macam ikan gerut-gerut dan ikan lembu pun ada (yang orang lain dapat la).

 
Ikut maklumat dari pemancing-pemancing yang dah biasa kat sini, baling je dekat dengan kapal layar tu. Katanya port baik kat situ tapi hati-hati takut tersangkut plak hehehe...

Time nie waktu 'air mati'

Waktu malam nyamuk banyak giler...nyamuk paya bakau beb. Setakat nie tak pernah mancing melepasi waktu serangan nyamuk...

Wednesday, February 9, 2011

Hasil tangkapan pada 16-01-2011

Pergi repeat balik kat port di Marina Island. Saja nak test pancing waktu pagi lak. Sampai je kat sana, takde ramai orang, lebih kurang dlm 4-5 orang jea yang ada. Best jugak pancing bila orang tak ramai nie...hehehe

Aku apa lagi, terus siapkan segala kelengkapan pancing. Baru siap satu joran, terus baling....

Tengah dok siap-siap lagi satu joran, tiba-tiba pancing dah 'bergegar'....gaya melawannya macam besar je 

Akhirnya bila dah sampai kat tepi, rupanya dapat ikan nie hehehe....


Ikan Ketukar 
gambo nampak besor (anggaran dalam 25 cm)

Itulah ikan yang dapat hari tu, sebab aku pun takde la mancing lama sangat. Balik cepat...sebab nak solat zohor.

Tuesday, February 8, 2011

Bersantai di Teluk Senangin pada 15-01-2011

Jalan-jalan bawa keluarga berkelah di Teluk Senangin, Lumut, Perak. Nie gambar yang berjaya diambil. Yang lain tu dah tak sempat, sebab sampai pun lewat....perut dah laporrr. Makan dulu......

lepas makan bersantai sambil main layang-layang dengan anak-anak.


Gambar pintu gerbang ke Teluk Senangin


Projek-projek landskap dalam pembinaan


Gambar gerai-gerai jualan sewaktu nak masuk ke sana

Monday, January 31, 2011

Hasil tangkapan pada 09-01-2011


Nie la ikan yang berjaya aku tangkap pada 09-01-2011. Baru je baling pancing, tak lama pastu dia pun makan umpan...nak jadi rezeki aku agaknya. Klu tgk kan gambarnya nampak besar, saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan. Dapat pun sekor nie je. Nama ikan aku pun tak pasti tp yang pastinya isinya sedappp....

Lokasi memancing di Marina Island, Lumut Perak




ni la lokasi aku memancing, sebelum masuk Coral Fishing Chalet. Gambar ni aku amik dlm internet je hehehe...


Umpannya pakai isi udang (buang kulitnya daa...) yang ada dijual kat pasar. takdelah susah2 nak cari umpun-umpun. 

Sunday, January 30, 2011

Salam perkenalan...

salam
semua nie pengalaman aku sendiri. baru nak start belajar memancing semula. sumer start dari basic. pancing pun yg murah-murah jea hehehe...

dulu memang la aku suker mancing tp dah lama aku tinggalkan. sejak sebulan dua nie aku dah start mula mancing balik dan ntah macam mana boleh jd suker mancing balik pun aku tak tau. tp kira belum jd giler tahap gaban lg laa...

nasib baikla lokasi aku nie dekat dgn laut, jd takde la susah-susah nak buat komplot pegi mancing.