Wednesday, April 15, 2015

Salam...
Lama sungguh tak jengah blog ni. Terasa rindu bila tengok posting lama. Sesekali datang rajin pulak nak update.

Selama pergi menjala udang ni...kira boleh la dapat hasil. Nak kata 'otai' belum lagi sebab depa sume kalau air tak kena janggut tak syok katanya. Teman setakat paras pinggang dengan dada boleh lagi la nak tebor huhuhu...

Sebenarnya banyak lagi gambo tapi tak ingat letak kat mana. Udangnya dah masuk perot hihihi...


Antara gambo yang ada






'Tagan' yang dapat...








Wednesday, December 18, 2013

Trip menjala udang

Salam

Lama tak update blog. Sesekali bila buka balik blog nampak posting lama huhuhu... malas nak update. Sekarang nie trend jala udang plak.

Camna terjebak? Ntah lah saya pun tak tau.

Asalnya dengar member menjala udang, terus minat nak menjala. Padahal nak tebar jala pun tak reti. Semangat berkobar-kobar terus beli jala udang. Lama jugak terperap jala tu sebab takde member nak pergi menjala.

Mula-mula tebar.... ada yang kuncup, ada yang bujur tapi banyak yang kuncup la huhuhu....

Hasil alhamdulillah....





First time tebar jala... tercungap juga huhuhu...

Lokasi : Jambatan Bainun, Seri Manjung, Perak

Tuesday, September 10, 2013

Menyauk Ikan Loma - Kuala Rui

Salam

Sebut je ikan loma pasti orang pun pelik, macam mana rupa ikan nie agaknya. Sebabnya tak semua orang tau rupa ikan sungai nie dan tak semua sungai ada populasinya. Inilah rupa ikan loma

 
(Sumber Gambar : http://qasehsufi.blogspot.com)

Maaf, terlupa nak ambil gambar... tengah khusyuk menyauk la katakan.


7/9/2013 baru nie ada balik kampung. Sempat la menyauk ikan loma kat Jambatan Jalan Kuala Rui. Dah macam pesta... punya la ramai orang. 2-3 hari sebelum tu, member menyauk dapat 26kg ikan loma, itu yang teruja nak amik 'feel' menyauk.

Masa pi menyauk tu waktu malam dan hujan renyai-renyai, jadi takde jugak la gambarnya. pun begitu pinjam gambar lokasinya. Nie gambar lama, sekarang air sungainya dah surut.

(Sumber Gambar : http://pengeluarantanaman.blogspot.com) 

Hasil malam tu dapat la dalam anggaran 3kg dalam tempoh sejam menyauk. Alhamdulillah.

Tuesday, August 6, 2013

Salam Ramadhan

Salam.

Dah lama tak layan mancing... rehat banyak sekarang nie.

Tapi baru-baru nie ada pi tengok 'port' ikan sungai. Macam menarik jugak layan ikan sungai. 3 'port' sempat diterjah

1. Batu 6 Bandariang, Gerik, Perak
2. Kuala Sungai (Jalan ke Kuala Rui) Gerik, Perak
3. Jambatan Titi Ganda 

Ada macam-macam skill perambut sungai nie, sempat la belajar buat perambut mata rambai dari otai kat situ. Nanti saya uploadkan gambarnya.


Hasil memang menarik....
Ikan tengalan, baung dan lampam.

Umpan - bancuhan dedak macam kat kolam, bomb 286 coklat + bomb 286 merah. bancuh kena liat sikit sebab kawasan sungai berarus. Guna teknik mata bom.

Thursday, February 21, 2013

Salam 2013

Salam....

Lama sungguh tak update blog ni. Bukan tak pergi memancing tapi 'mood' malas nak update kat blog je.

Banyak kali dah pergi memancing kat kolam. Hasilnya adalah tak seberapa... nanti saya upload lokasi dan info terbaru.

Tungguuuu........

Wednesday, June 13, 2012

Update..... Layan Jenahak

Salam
Lama sungguh tak update blog aku nie........ dah berhabuk hehehe...
Dalam masa 'rehat' yang panjang, aku masih lagi pergi mancing. Cuma tak update kat blog jea.Tukar angin skit beb mancing laut plak, trip naik bot. Lama sungguh tak naik bot nie........ layan jenahak plak. Turun mancing waktu malam. Pergi dengan member.

Mancing dekat Tukun Terendak, Pulau Pangkor. Umpan sotong hidup.

Close up jenahak yang aku dapat

Ikan yang sama tapi gambar dia yang aku syok tengok

Saiz ikan jika dibandingkan dengan air mineral botol besar


Teknik mancing kena guna ranggong, perambut 2 depa. Mula-mula pakai mata kecik (tapi bagi aku saiz tu dah paling besar... almaklum le, selalu mancing kat pantai jea) last-last kena gelak dengan tekong, katanya tak padan nak cangkuk sotong. Terus dia bagi mata kail dia... mak ooiii cenggini lah saiznya

Saiz mata pancing 6/0...

Sekali  kena tarikan jenahak, melentok rod sampai masuk dalam air dibuatnya.... syok beb!!!

Monday, October 24, 2011

Hasil Mancing 16-10-2011 ~ Jalan Swiss Garden Resort

Salam.
Lama sungguh tak update blog aku nie. Al-maklum le... bulan pose cuti. Baru2 nie jea mula start mancing.


Nie port baru. Jalan nak ke Swiss Garden Damai Laut, kena turun bukit skit.



Glamor gak port nie cuma aku je baru tau



Waktu nie air tengah surut.

Umpan yang aku guna ialah udang pasar jea, tp member aku syorkan guna umpun-umpun. Ada jugak otai-otai guna umpan udang hidup. Nie mesti target spesis A punya. Spesis ikan berada dikawasan ni, siakap, ketuka, gerut-gerut, sembilang, kerapu, ikan lembu dll.

Ikan yang berjaya ditangkap, ikan kerapu dgn ikan lembu.


Port nie atas batu, so boleh la rehat bawah pokok kalau cuaca panas tapi berhati-hati sebab kera banyak berkeliaran. Barang makan kena waspada selalu, silap haribulan dah ada atas pokok la jawabnya hahaha...